join admya di FB

Dramanovel Klik! Pengantin Musim Salju






Aliff Satar dan Siti Nordiana bakal bergabung kembali dalam drama adaptasi novel Klik! Pengantin Musim Salju. Tiap Isnin-Khamis di Astro Ria 


Sinopsis:

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin walaupun namanya sangat feminin Kaseh Lateefa untuk berlakon sebagai pasangannya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka di saat akhir. Kay seorang jurugambar dan mempunyai studio sendiri yang dinamakan Klik. Kay juga tidak mahu disatukan oleh Uminya dengan Izham( mamat sewel yang menyakitkan hatinya)itu setuju dengan cadangan Adam. Lalu, mereka ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra disebabkan Nenek Adam rasa selesa dengan Kay melalui perbualan telefon dan mahu berjumpa dengan Kay.Ini membuatkan Adam menjadi pening.
Musim dingin dan salju tebal di jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. dalam mengharungi hari-hari sebagai pengantin olok2, mereka terjebak dalam gelora cinta yang akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin. Cinta mereka diuji dengan kehadiran sepupu Adam Putra iaitu Hud Mikael yang pernah sukakan Kay dan kembalinya bekas tunang Adam Karlisha. Sifat cemburu Adam,membuatkan keadaan bertambah sukar. Adam menghilangkan diri tanpa berita.Dengan pertolongan Zubir, Adam kembali kepada Kaseh. Adam mengakui kesilapannya meninggalkan kasih.



kaseh dengan ibu mertua

Kaseh dan Adam




Watak dalam drama:
Nenek
Hud Mikail

Our Hero -Adam Putra




Comments

  1. Tapi tajuk dan sinopsis hampir sama novel inggeris, The Winter Bride karya Anne Gracie. Memang satu kebetulan ke???

    ReplyDelete
  2. rasa-rasanya bilalah cerita ni start ya. tak sabar nya tunggu citer ni

    ReplyDelete
  3. ooo mai gadd..tak sabar..dengar cerita awal 2018? jangan lah lama benar ..

    ReplyDelete
  4. rasanya nana tak sesuai lah dengan watak kay..nana tu terlalu lembut... sedangkan kay brutal...

    ReplyDelete
  5. Kalau Elvina Mohamad and saharup ridzwan lagi best!! Sekadar cadangan :)

    ReplyDelete
  6. Best kalau elvina muhammad & saharul ridzwan

    ReplyDelete
  7. Sangat suka bila nana brganding dgn alif satar!!! But why macam xsesuai je nana jadi brutal2 camtu��

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq