Wednesday, May 16, 2012

Filem Novel Kau Yang Satu







Judul: Kau yang satu(Bestseller novel)
Adaptasi Novel: Kau yang satu
Channel: Filem
tayangan: 27/7/17
Arahan : Osman Ali

Para pelakon: korang rasa siapa yang sesuai pegang watak Taufik dan Salina?
terjawab sudah-
Taufik- Aaron
Izara Aishah- Salina




Sinopsis drama(based on novel):

Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.

Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.
Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.
Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri.

Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.
Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.
Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan. Sesungguhnya 'tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu... Kau yang satu



taufik kena kahwin paksa


soo wincci sebagai isabella




admya-
Banyak kali gak baca novel ni..lepas ni nak selongkar almari buku-nak cari balik novel nie.


<

45 comments:

  1. Sam atau remy dgn tiz zaqyah please!

    ReplyDelete
  2. Harap2 tiz heroin nya tapi kalau channel astro selalu pelakon dan dramanya hancur.lebih baik tv3

    ReplyDelete
  3. Teringin sangat nk tgk gandingan tiz dan sam

    ReplyDelete
  4. aqasha dan ayu raudah laa coz watak salina seorang yg lembut dan watak taufik plak ade kenakalannye..,,huhu..so,aqasha n ayu okey???please...........

    ReplyDelete
  5. Wahhh bestnya...antara novel novel pertama yang saya beli sekali dengan Pergilah sepi masa zaman kolej dulu....semua novel novel batch tu sekarang ni filem atau dramakan....Nia Azalea memang best.....tp dia dah tukar nama ker eak sekarang

    ReplyDelete
  6. cadangan saya kn, nak sharnaaz ahmad jdi hero, sbb dia ada ciri2 lelaki yg romantik,biak hati,peyayang dan panas bara.. mcm cete kat bicara hati 2, hihihiixx... and heroin pulak christina suzanne. christina ada ciri2 sesuai bawa watak sebagai salina.best nye klu mereka br2 jadi pasangn dlm drama kau yang satu.. huhuhuuxxx...

    ReplyDelete
  7. kalu hero bg aqasha lah dan jeroin leh la bg ayu raudah. huhhuhuuu xpon remy n tiz pon boleh cuma harap sgt cite nie xjd mcm BICARA HATI yg membuatkan peminat hilang mood nk tgk.... JGN LARI DR PLOT CERITA YEE TUAN PENGARAH....

    ReplyDelete
  8. Yaaa inilah novel perintis yangsaya baca yang betul betul romantick....... Yap sharmaaz ahmad seswaiii sangt jadi taufik perempuan siti saleha?????? Atau nora danishhhh

    ReplyDelete
  9. bg pndapat sy....hero amar baharin n heroin nad zainal
    novel kau yang satu mgg best....n arap telefilem pom best mcm novel.......

    ReplyDelete
  10. Setuju kalau Aqasha digandingkan dgn Ayu raudha

    ReplyDelete
  11. ayu raudhah & aqasha.....

    ReplyDelete
  12. kalau saya, shah jazle sbg taufik, nadia nisa pulak untk watak salina..

    ReplyDelete
  13. afiq muiz & emma maembong

    ReplyDelete
  14. betul.. aqasha dgn ayu raudhah.. atau amar ashraf dengan nelydia senrose.. ok ape..

    ReplyDelete
  15. Tiz n Sam .rindu gandingan mereka spt Dlm asmaradana.terbaik!

    ReplyDelete
  16. Not Osman Ali! Pelakon pilih an asyik maya,Nadiya Nissa,Remy,bront ,crony betul!

    ReplyDelete
  17. hero-sam,fizo omar,amar asraf
    heroin-fazura,nelydia senrose

    ReplyDelete
  18. Afiq muiz n wawa zainal mesti meletup...hihi tringin sgt nk tgk gndingan 2ni...wpn dua2 bru blakon tp mmg best :-)

    ReplyDelete
  19. bila laa citer ni dtayangkn ek? xsabar laaa :(

    ReplyDelete
  20. Kalu x slh, novel ni dah prnh diadaptasi dlu...time tu tyg kat rtm..saya prnh tgk drama tu..tp dh lupe tjuk die ape sbb dh lme..kalu x slh lgi, lagu bunga2 cinta misha omar tu yg jd ost..

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama di batasan hati

      Delete
    2. betul sis. sy pon tgk jugak drama ni. Halida dan zack kool hero heroinya.

      Delete
  21. cfmd best Nora Danish dan Remy Ishak

    ReplyDelete
  22. Nia Azalea adalah pensyarah saya di universiti dulu. beliau bukan dalam bidang penulisan tetapi matematik.dia ajar masa final year. seriously kami semua tak tahu yg da adalah Nia Azalea..sampai la suatu hari tu, lepas habis kuliah, dia minta pendapat kami semua. siapa yg sesuai utk watak taufik dan salina...semua beria2 beri pendapat. lastly kami pun pelik. kenapa Dr tanya mcm tu. dia kata ada produser nak filemkan novel dia. ha? kami lagi tercengang & tak faham.lastly bila dia bagitahu kami semua terkejut sangat. ye la novel yg saya pernah baca 10thn dulu dan paling saya suka, rupanya penulisnya adalah pensyarah sy yg sedang berdiri di depan waktu tu. memang terkejut sangat and paling kagum beliau dlm bidang matematik tp mampu menghasilkan sebuah karya. thanks Dr Afzalina.

    ReplyDelete
  23. kalu hero nya saya nak aroon aziz dan digandingkan dengan tiz mesti gandingan meletup..belum cuba belum tahu...

    ReplyDelete
  24. nazim othman dengan tiz zaqyah maybe?

    ReplyDelete
  25. beto khusry gan sharifah amani,sweet je diorang berdua.

    ReplyDelete
  26. beto + nad zainal
    nazim + siti saleha
    aqasha + ayu raudhah

    ReplyDelete
  27. adi putra n siti saleha

    ReplyDelete
  28. Farid kamil ngan Tiz oke gak . Tgk gandingan diorang dalam JIMK romantika and sweet sangat ! :)

    ReplyDelete
  29. Aqasha n ayu raudhah..tgk dorg berlakon mse gemersik kalbu,sweet sgt..hehe

    ReplyDelete
  30. Aqasha n ayu raudhah..tgk dorg berlakon mse gemersik kalbu,sweet sgt..hehe

    ReplyDelete
  31. cerita ni da pernah ditayangkan da..dekat tv1 dulu da lama da..pelakon nye ta silap saya haleeda yang pegang watak salina..da lama da ceritanya ad la lebih 5 taun..

    ReplyDelete
  32. kalau pelakon lelaki tu hisyam hamid yg berlakon as En Harith dalam ariana rose mst sweet :) tp pelakon perempuan tu tak tau siapa

    ReplyDelete
  33. Tiz dgn Sam atau hisyam Hamid.

    ReplyDelete
  34. Perlu pilih pelakon yg mantap jgn hrp rupa Saja.sam dgn Tiz or hisyam dgn Tiz.

    ReplyDelete
  35. akhirnya novel ni pun akan diadptasikan juga. Tak sabarnyaaaaa nak tengok =D

    ReplyDelete
  36. hisyam hamid dan izara aishah
    fizo omar dan erin malik

    ReplyDelete
  37. sinopsis best..harap-harap bila diadaptasi ni jln cerita x lari jauh la..jgn jd mcm Ombak Rindu plak.novel dh best tp bila dh diadaptasi ke layar perak hancurrr...

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq