Makmum yang Paling Aku Cinta




Tayangan: Hypptv
Jumlah Episode: 30
Terbitan: MIG
"Ku toleh ke belakang ada kamu"


Sinopsis:
Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato’ Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih daripada seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut.


Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu.

Kerana manusia bernafsu binatang, satu tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat.

Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat, apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan. 

Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato’ Syed Qassim!

“Voiceless or not, it doesn’t matter. My feelings for you won’t ever change. Please have faith in me, little one.” ~ Kata salah seorang Syed! 

Para pelakon:








  • Nazrief Nazri- Syed Amru
  • Bella Dally- Nailofar
  • Sharifah Shahora- 
  • Lana Nordin- Maizatul
  • Shakila Koriri -

Behind The Scenes:

Keluarga tok ketua



Lelaki sejati adalah imam yang memimpin.melindungi dan mencintamu sebagaimana makmumnya


Keluarga Lofa
Montaj:



Admya:
Kerana mahu membantu mamanya menggagalkan rancangan daddynya untuk menambah bilangan isteri, Syed Amru (Amru) terjebak dengan soal hati & perasaan. Dia jatuh hati demi melihat seraut wajah calon isteri dambaan si daddy, Siti Nailufar (Lofa). Dan kerana salah faham & fitnah yg berlaku ketika Amru cuba mengenali Lofa, Amru nekad untuk terus  menikahi Lofa biarpun sedar yg Lofa sebenarnya kurang upaya.  Lofa bisu sebenarnya.


Perbezaan status & darjat menyukarkan jalan Amru.  Akhirnya pernikahan berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Amru.... dan hakikat pernikahan rahsia ini juga tidak diketahui oleh keluarga Lofa. 


Hakikatnya Amru tidak rintik seperti daddynya yg borek. Berkahwin biarlah sekali seumur hidupnya. Kekosongan jiwanya terisi dengan adanya Lofa sebagai pendamping. Hikmahnya, melalui perkahwinan tersebut, dia kembali menyembah kiblatnya, setelah sekian lama hidup dalam kelekaan dunia. Berganda damai yg dirasa. Lantas seluruh rasa kasih dicurahkan kepada sang isteri tanpa peduli apapun kekurangan yg Lofa miliki. Itulah kekasih awal & akhir. Kekurangan itu bukan kehendak Lofa yg azali tetapi terjadi kerana menyimpan suatu kisah duka yg misteri... kisah yg meletakkannya sukar menyisihkan mimpi daripada realiti.


Kerana dendam kesumat, Amru diburu seteru. Sedang dia mengecapi bahagia berumahtangga, onar datang melanda. Setelah cubaan membunuhnya gagal, Amru diperangkap pula dengan satu kes jenayah berat. Demi membebaskan diri daripada tuduhan, kebenaran akan status Lofa pula  tersingkap.





follow admya di facebook

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...