join admya di FB

Titian Cinta episode 18





Mama beriya-iya mahu mengunjungi ibu bapa Aisy di kampung. Dia menunjukkan gambar yang memberi memori luka pada Aisy 4 tahun lalu.Kini kisah sedih itu berpanjangan...


apabila Haji Helmi rebah selepas mendengar kata-kata Puan Sri Nora.




Ayah Aisy sangat terkejut lalu diserang sakit jantung.Ayah Aisy yang terlantar di hospital tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia. Papa Harris mula sedar tentang tindakan isterinya yang melampui batas. Buat sekian kalinya, dia sedar akan kesilapannya. Dia meminta Puan Sri Nora meminta maaf pada Aisy.


Hajah Mariam meminta kepastian daripada Haris tentang gambar tersebut. Barulah Haris tahu,apa yang dilakukan Mamanya. Rasa bersalah pada Aisy menerjah kembali dalam dirinya.

Aisy menemani ibunya di kampung.
Mujur Harris ada di sisinya untuk memberi semangat.Kata-kata Harris cukup menyenangkan hatinya yang gundah gulana.
Hubungan Papa Harris dan Mama Harris semakin menjauh. Papa Harris semakin bertegas dan tidak lagi berdiam diri lagi
Aisy mula rindukan arwah ayahnya.  
Aisy meluahkan perasaannya pada Harris.Dia amat rasa bersalah kerana tidak sempat menyatakan hal sebenar pada ayahnya. 
Mendengarkan suara Aisy, Harris bertambah risau. Dalam diam, dia turut rasa bersalah kerana dialah semua ini terjadi. Harris cuba menenangkan Aisy yang tidak tenteram.
Pada masa yang sama, Ryan menghantar terus menghantar bunga pada Aisy. Aisy berasa marah yang Ryan tidak pernah serik.
Papa memohon maaf bagi pihak Mama yang telah mengeruhkan keadaan. Walaupun marah dengan tindakan Mamanya, Haris tidak akan memarahi ibunya. Harris meminta Papa sendiri yang menegur dan menasihatkan Mama.
Aisy sedih melihat keadaan ibunya. Dalam memujuk ibunya untuk menjamah nasi,Hajah Mariam membalas dengan kasar. Dia sangat marah pada Aisy.  Dia menyangka Aisy sebegitu. Aisy menafikan dan cuba menjelaskan pada ibunya. Sukar untuk  Aisy menerima tentang apa yang berlaku. Dia dipersalahkan sekali lagi atas sesuatu yang tidak pernah dia lakukan.(Luluhnya hati tengok Aisy)




Episode 18

Comments