join admya di FB

Drama Adaptasi Korea: Monalisa






Salam drama,
Nantikan drama telenovela yang diadaptasi daripada drama korea Two Women's Room. Khabarnya, Zara Zya dan Nazim Othman bakal menerajui drama ini.
Tayangan: Astro
Jumlah episode: 80(lagi 29 ep)
" Seorang wanita yang ada segalanya vs seorang wanita yang tiada apa  dalam hidupnya. Satu malam yang malang telah mengubah segalanya... Ready la untuk membawang di depan tv nanti dengan geram




Sinopsis:
Melisa adalah pewaris sebuah hotel yang dikenali sebagai Monalisa. Dia bertemu Ramona dan mengajak dia tinggal bersamanya. Ibu Melisa menyatakan kerisauan yang suatu hari Ramona tersebut akan mengambil alih rumah mereka.Melisa menyatakan ibunya hanya salah faham. Ramona tersebut cemburu akan kemewahan yang dimiliki Melisa lalu berazam akan mengambil segalanya milik Melisa termasuklah teman lelakinya Johan.

Dia mula bekerja di hotel. Melisa terasa dikhianati apabila melihatkan Johan bersama kawan baiknya itu.Selepas mengetahui perangai sebenar gadis tersebut, Melisa mula memusuhi rakan baiknya. Mona itu berjaya menyakinkan  pengarah2 hotel untuk memecat Melisa daripada jawatannya.  Mona juga telah menyebabkan ibu Melisa sakit dan meninggal dunia.Kejadian tersebut menyebabkan keluarga Melisa jatuh miskin. Ayahnya disingkirkan. Melisa bertuah mendapat pertolongan dari kawan baiknya Adam , dan mendapat pekerjaan di sebuah restoran. Gadis yang dulunya miskin kini menjadi kaya dan memegang jawatan di Hotel Mona lisa. Dia berkahwin dengan teman lelaki Melisa dan tinggal di rumah wanita yang dibina semula. Kini, Melisa mahu membalas dendam dan mengambil semula haknya dan harta miliknya.

Mona menghadapi masalah dengan ibu mertuanya, Mereka tidak bersependapat. Mona sengaja menipu tentang kehamilan dan membuatkan ibu mertuanya tidak mempercayai. Suaminya cuba menghentikan gadis itu dari apa yang dilakukan namun tidak didengari. Kini pihak bank mula mencari. Mona cuba mendapatkan pertolongan daripada peguamnya,namun peguamnya pula tikam belakang. Melisa kini menyaman Mona ke mahkamah. Dia mengaku kesalahan. Berita menyedihkan pula, Mona menghidap penyakit membawa maut. Melisa bersimpati dan melawatnya di penjara. Mona cuba memohon maaf atas kesalahannya. Dia kini terlantar di hospital tak bermaya.

Para pelakon:



  • Nazim Othman- Johan
Pengurus Hotel Mona Lisa.Selepas mengejar cita-citanya dia kini menjadi pengkhianat. Apabila perkahwinan menjelang tiba, keadaan berubah. Melisa tidak mampu lagi menjadi tulang belakang kejayaannya.



  • Zara zya- Melisa
Pewaris hotel. Bercinta dengan rakan sekerja di hotel dan mereka bertunang. 

Segalanya berubah apabila dia membantu rakannya. Dari pewaris kini dia menjadi pembantu. Kini dia menuntut balas atas perbuatan rakannya baiknya Ramona.

  •  Mona Allen- Ramona
  • Seorang pekerja hotel professional.Namun segalanya berubah bila permohonannya bekerja di Hotel Mona Lisa ditolak. Segala milik Melisa dicemburui,hinggalah dia mendapat peluang keemasan... dan merampas segalanya milik Melisa






  • Hafreez Adam- Adam Hakim
Chef Restoran Mona Lisa.Kawan baik Melisa.










adik beradik Melisa dan Melina


Lokasi hotel drama monalisa - Pullman Putrajaya
Memang cantik wei!






follow admya di facebook

Comments

  1. mesti meletop nie...dh lme tak tengok berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer ni best sangat2.tk sabar tgu hari esok tuk menonton

      Delete
  2. Women room lebih baik daripada cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..terpulang pada awak pnya pendapat ... yang penting .... keutamaan kepada filem / drama melayu tu lgi penting ... bukannya tidak ada filem / drama luar tiru drama asal dari Malaysia ... give and take la ...

      Delete
  3. yesss ciplak dr the women room...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...tak kira la ciplak atau tidak ..yg penting ..kisah teladan dan tauladan yang kita nak tonton ... dan sering berlaku dalam masyarakat kita ...khususnya jenis berperangai PHD ....

      Delete
  4. Replies
    1. Bangsat !!! Kau memperlekehkan cerita melayu ... x kira lah meniru cerita korea atau tidak .... yang penting ..kemajuan industri filem / drama melayu itu yg kita nak tengok dengan kisah yg penuh teladan dan tauladan yg sering berlaku dlm masyarakat kita ...

      Delete
  5. Apa nama hotel dalam cerita ni..lawa tempatnya..

    ReplyDelete
  6. Lagi 29 episode. Bila la Mona nak sedar

    ReplyDelete
  7. Fuhhh padan muka mona😂😂😂😂😂😂aku dah baca sinopsis yang memuaskan segala pertanyaan aku hahahah

    ReplyDelete
  8. awatla ngek sangat si melissa tu kann..haihhh..lembap..slow ya amatttt..

    ReplyDelete
  9. Mengapa watak melisa ni mcm bodoh

    ReplyDelete
  10. cerita ni bagus tetapi mungkin pengarah terlepas pandang tentang budaya orang melayu dan islam. Sepanjang saya menonton cerita ini tiada diselitkan unsur2 islamik. Iaitu Solat dan masjid. Biasanya klu diterapkan ke budaya kita spptnya kena ada time makan bersama keluarga bacaan doa sebelum makan. Time bersama keluarga tu adakan part2 sebelum atau selepas solat. Kerja hari jumaat ade part ke Masjid utk tunaikan solat jumaat dan etc. Apabila convert ke cerita korea sy rase x salah klu tambahkan plot2 cerita kpd unsur2 islamik dan budaya kita. Itu pendapat sy sebagai peminat cerita ini, klu salah maafkan saya.

    ReplyDelete
  11. Memang benar filem drama Two Women’s Room lebih bagus dari drama monalisa tetapi ok juga apa.Drama monalisa tidak meniru filem korea, ianya filem adaptasi bukan ciplak.faham maksud adaptasi. Filem ini lakonan semula version malaysia.Dah dapat kebenaran dari producer filem tersebut untuk membuat drama version malaysia macam drama My coffee prince.

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq