join admya di FB

Maryam Eliana


Kisah tentang seorang wanita dituduh penyebab kematian suaminya walhal ia dilakukan oleh madunya sendiri. Dia dihalau keluarga arwah suami yang termakan dengan hasutan dan fitnah 

Channel: RTM
Jumlah episode: 13

Sinopsis:

Kisah Maryam yang tanpa rela terpaksa menerima hakikat dimadukan oleh suaminya Iskandar atas permintaan bapa mentuanya Haji Ismail. Ibu mentuanya, Hajah Siah tidak bersetuju namun terpaksa menerima permintaan suaminya atas alasan 10 tahun berkahwin namun mereka belum memiliki cucu.

Kehadiran Sofia sebagai madunya yang memiliki seorang anak bernama Sara diterima walau pahit oleh Maryam. Meskipun kedudukannnya sebagai isteri kedua namun Sofia sentiasa cemburukan Maryam apatahlagi bila Maryam disahkan mengandung. Iskandar gembira menerima berita itu namun Haji Ismail pula termakan hasutan Sofia mengatakan Iskandar mengabaikannya.

Satu hari Iskandar keracunan makanan dan disahkan meninggal dunia. Maryam difitnah oleh Sofia menyebabkan kematian suami mereka. Proses bedah siasat tidak dilakukan kerana desakkan Sofia yang kononnya tidak mahu mayat Iskandar terseksa sedangkan dia tidak mahu kesalahannya meracuni Iskandar terbongkar. Kemuncaknya Haji Ismail menghalau Maryam keluar dari rumah.

Dua puluh tahun berlalu. Maryam kini merupakan pengusaha akuakultur berjaya dan menjadi tenaga pengajar kursus akuakultur. Adam yang sudah dewasa kini membantu mempromosikan perniagaan ibunya menerusi lama blog sambil meneruskan pengajiannya di universiti.


Comments

  1. nadia nisa pun dah lama tak berlakon

    ReplyDelete
  2. drama ni dah tayangka belum tahun lepas?ke tahun ni baru tayang?

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq