join admya di FB

Surga Yang Tak Dirindukan 1 & 2




 Salam drama,

Baru-baru ni admya baru menonton filem surga yang tidak dirindukan. Memang touching filem dia. Admya "recommend " korang untuk tonton filem ni. adaptasi Best Seller Novel. Sequel 2 akan ditayangkan di pawagam.
Sinopsis:

Kehidupan rumah tangga Prasetya( Fedil Nuri) dan Arini ( Laudya Cynthia Bella) bahagia pada awalnya. Pras seorang suami yang setia dan penyayang. Begitu juga dengan Arini- menjalankan kewajipannya sebagai ibu dan isteri yang baik. Kehidupan mereka mengalami konflik setelah Pras menyelamatkan seorang wanita  dalam kemalangan. Wanita tersebut sarat mengandung, Pras kasihan pada  bayi yang   dinamakan Akbar Muhamad dilahirkan tanpa ayah,  Pras  mengambil keputusan mengahwini Mei Rose  kerana tidak mahu dia melakukan percubaan membunuh diri lagi. Kiranya perkahwinan Pras adalah untuk meyelamatkan nyawa Mei Rose Sebenarnya Mei Rose ditinggalkan kekasih,dan kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab. Pras mengahwini Mei rose tanpa pengetahuan Arini. Mei rose bahagia memiliki suami sebaik Pras. Pras juga sedaya upaya berlaku adil. Saat Pra nak ceritakan pada Arini, ayah Arini meninggal. Tambahan lagi,ayah Arini juga berpoligami.  Demi kebahagiaan Arini, ibunya merahsiakan hal itu. Arini tidak dapat menerima apabila mengetahui ayahnya mempunyai isteri lain.Akhirnya rahsia yang tersimpan, diketahui Arini, suami yang disangka setia padanya berpoligami.





tontonsurgayangtakdirindukan.

********************************************************************************************************************************
sequel surga yang tak dirindukan 2(2017). Bakal ditayangkan di Malaysia pada 16/2/2017




Mei Rose kembali mencari Arini dan Pras untuk menjenguk anaknya yang ditinggalkan. Secara kebetulan, mereka bertemu semula setelah bertahun tidak berjumpa. Nadia tidak rela berpisah dengan Akbar yang dianggap seperti adiknya sendiri. Namun, kepulangan Mei Rose memberi harapan.  Arini disahkan menghidapi ketumbuhan, Khuatir usianya tidak panjang, Arini meminta Mei Rose kembali menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Doktor yang merawat Arini mula jatuh hati pada Mei Rose. Mei Rose dalam dilema memilih satu antara 2 jejaka. Sekali lagi Pras, Arini , Mei di uji dengan cinta, kesetiaan dan takdir.







Layan dulu trailer:

admya:  naskah yang hebat dan lakonan yang mantap

Comments