join admya di FB

Sebab Gagal Interview/ Tips Temuduga



Assalammualaikum,

Agak lama, admya tak tulis pasal interview kan. Kali ni admya akan kongsikan sebab-sebab job seeker gagal mohon kerja.
Sebelum ini, admya ada kongsikan tips-tips temuduga
tips temuduga, soalan-soalan temuduga, resume

Kali ini kita tengok sebab gagal dalam temuduga. Semuanya bermula dengan  sehelai kertas -RESUME. Ingat! Resume anda adalah diri anda. Ia akan beritahu tentang diri anda. Gagal menulis dengan profesional akan buat permohonan anda ditolak, 
Antara sebabnya adalah:

1.  Nama Email yang tidak Profesional
Ada ke guna nama babeisme@yahoo.com. Memang email ko takkan dibuka dik oi. Agak tipis sebenarnya. Pastikan korang "create" email untuk work purpose dan profesional.  Sian, belum buka email  lagi, majikan dah reject. Majikan manusia dik. Bayangkan officer tu kena baca ratusan, ribuan email yang job seeker hantar. So be profesional tau.


2, Tulis Expected Salary

Tulis berapa gaji yang korang layak dapat.  Agak-agak la juga.Tak payah la tulis can be negotiate. Ko nak nego apa? Berapa gaji ko nak?

3. Rujukan Majikan/ Reference 
Rujukan majikan tu maksudnya contact number majikan lama atau yang sekarang. Bukannya contact number adik beradik korang.  Kalau korang tak pernah kerja sebelum ni, baru je graduate misalnya, letak la contact number lecturer korang. Letak nama pensyarah yang kenal korang. Jangan main letak je. Bagitau dia siap. Kang majikan call lecturer korang, dia kata tak kenal kan HARU. sebabnya ada bakal majikan akan call number yang korang letak dalam reference tu. So be careful ye. 


4. Tarikh dan Masa temuduga
Tolong lah ingat ye. Buat reminder. Ada kes tu, siap call
" Miss, saya tertidur,boleh tak arrange tarikh lain untuk saya? Memang kena reject terus jawabnya.
Temuduga kena datang on time, Baru nampak serius nak kerja. 

5. Tak buat kajian tentang bakal majikan atau jawatan dipohon.
Ada tu pula, bila tanya tak tahu jawatan apa yang dipohon. Adui..
Nampak sangat ambil mudah. Memang tak banyak markah la dapat untuk temuduga.

Ini semua basic rules atau peraturan asas  bagi pencari kerja. So, be serius tau. Kekadang, perkara nampak remeh tu akan jadi alasan yang paling kuat untuk bakal majikan reject korang.
Good Luck;
gambar credit to Jarr

Comments