join admya di FB

Nazar Cinta Ramadhan









Pada yang rindu gandingan Raja Afiq dan Niena( Sayangku Kapten Mukhriz), nantikan tayangan drama Nazar Cinta Ramadhan mulai 29/5/17
Jumlah episode : 13
Channel : TV1 RTM
Sinopsis;
Fendy seorang usahawan menjadi runsing apabila cubaan syarikatnya mendapat kontrak menguruskan hotel tidak pernah lulus.Kawan baiknya Nazaruddin mencadangkan agar Fendy bernazar untuk mendapat kontrak baru. Fendy terbaca kisah kemalangan sepasang suami isteri yang meninggalkan 3 anak mereka yang kini menjadi anak yatim piatu. Spontan, Fendy bernazar untuk memelihara 3 orang kanakkanak tersebut sekiranya permohonan kontrak beliau berjaya. Tidak lama kemudian, pihak  Hotel Damai meluluskan permohonan kontrak syarikat beliau. Namun, Fendy menjadi berbelah bahagi untuk menjaga mereka, kerana dia sebenarnya tidak bersungguh. Tiga beradik tersebut dibawah jagaan Salbiah adik arwah bapa kanak-kanak. Kehadiran  Syafiq, Syahrul dan Sarah tidak disenangi suami Salbiah - Osman, seorang kaki judi.
Mereka diarahkan membuat pelbagai kerja ketika Salbiah keluar bekerja. Fendy berjaya menjejaki mereka dan menyatakan hasrat untuk menjaga 3 beradik tersebut, Salbiah tidak bersetuju. Osman menggunakan helah dan meminta wang sebanyak 5 ribu jika Fendy ingin menjaga mereka tanpa pengetahuan isterinya,
Kehidupan Fendy berubah, Dulu dia hidup bersendirian, kini terpaksa mengadap kerenah 3 beradik tersebut hingga membuatkannya hilang sabar.
Layanan mesra Nadia, jiran Fendy terhadap 3 beradik tersebut, membuatkan Fendy tertarik hati, Sarah menjadi orang tengah antara mereka. Kehadiran 3 beradik tersebut benar-benar merubah Fendy, Dia mula sedar akan tanggungjawabnya sebagai Muslim. Apabila ikatan messra mula terjalin, Fendy mendapat kontrak menguruskan hotel di Indonesia, Apa keputusan Fendy



admya: femes dah adik ni.asyik muka dia di tv

Comments

  1. kne tengok ni..memang rindu sgt nk tgok diaorang berlakon skali. Selalu duk ulang tgok mereka dalam SKM.

    ReplyDelete
  2. Mcne nk dpt tgok drama ni....full episod....

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq