Sunday, November 13, 2016

Bercuti ke Medan - Tips Penting



Horas
Horas adalah panggilan selamat daripada kaum Batak.  Kali ini, admya and the geng bercuti ke Medan, bandar ke- 4 terbesar di Indonesia.  Tanggapan kami sebelum tiba di Medan, ialah Medan adalah seperti bandar lain  yang pernah kami kunjungi sebelum ini iaitu Jakarta dan Bandung -boleh beli belah dan banyak tempat menarik untuk dilawati. Ternyata, kami silap. percutian ke Medan lebih memukau dan berbeza sama sekali.

Oleh kerana dah ada pengalaman sebelum ini, Persediaan kali ini lebih mudah, sama macam pi Bandung dan Jakarta. boleh baca kat sini 
Tip 1 1. Book ticket flight?(kami book setahun sebelum travel,lama giler tunggu,sebab nak murah punya pasal)
2. Book hotel - boleh booking through agoda ke trivago atau lain2 web yang korang suka.
3. Book supir@pemandu pelancong 

Namun,pengalaman kali ini memberi seribu makna. Bermula dengan flight Air asia yang tertunda selama 3 jam. Serik rasanya guna air asia. Selama setahun booking, 3 kali AA tukar jadual flight. Pada hari boarding pun, lewat. Bayangkan, kami tiba di flight Penang pada jam 6:30 pagi dengan harapan akan berlepas pada jam 9 lebih,namun tertangguh hingga jam 12 tengahari. Lupakan drama air asia.Kami selamat sampai di Kualanamu,Medan,
(Airport ni baru buka, jadi lebih cantik dari Airport Medan yang lama).

Oleh kerana kami dah booking supir, jadi keluar pintu airport, supir dan sedia menunggu kami. Kami guna Pak Roy.
Oh ya,  perjalanan kali ni, kami booking hotel sendiri, dan susun itinerary sendiri. Itinerary kami sama macam travel agent punya.haha

 Tip 2(kami nasihatkan kepada korang yang nak pi medan, booking hotel siap2 dengan travel agent di Indonesia(ambik package dari supir.-agak murah dan dorang boleh tolong pilihkan bilik yang best(view)

Oleh sebab kami booking sendiri,pilihan untuk bilik adalah terhad,terima jela.Keluar sahaja dari airport, kami terus pi makan tengahari,lapar sangat!al maklum,nunggu kat terminal lama sangat, disebabkan flight yang tertangguh.

Kedai makan tengahari(hari pertama)
Kedai ayam penyet cinderalas-sedap makan kat makan sini.
yang bestnya, semua restoran makan di Medan, pakej makan dia hanya sediakan,air masak,
Tip 3 jadi kalau korang nak order jus(kena bayar asing)
tapi sebab kami baru sampai, jadi supir belanja kami jus.hihi
Air jus yang pelik skit(jarang dijual di Malaysia)- Jus avokado, jus special(dalam dia ada nangka,tapi hidangan dia macam cendol), 
kalau di sini fresh orange dorang panggil jus sunquick. Kalau order jus oren,dorang akan hantar jus jeruk(oren tangarine)

Then kami teruskan perjalanan ke Danao Toba.
Perjalanan ke sini mengambil masa 5 jam. 
 Tip 4 Yang tak tahan,mabuk kenderaan(boleh tido or sediakan minyak angin). Kalau tak bawak, minta supir singgah kat kedai mart utk beli fresh care, minyak angin terbaik dorang-siap bau aromatherapy lagi.(beli berkotak sebagai cenderahati)
Perjalanannya penuh berliku, namun berbaloi, kerana kita dapat melihat suasana kampung/  kehidupan orang Medan sendiri. 
Permandangan tu benar-benar menyedarkan kami,bertapa beruntungnya kita di Malaysia,kampung kita tidak sedaif mereka.

Kedai 1
Kedai Paten.
Rasanya semua supir akan bawak pelancong ke sini. Kedai ni menjual pelbagai kekacang,cuma namanya pelik sikit, Teng-teng,tong-tong.haha
Kami tak beli banyak,sekadar syarat je, sebab harga agak mahal. Lagi pun, kekacang je pun, boleh dapat di Malaysia. Kalau datang dari negara lain, mestilah kena beli sebagai ole-ole.

Oleh kerana, Danao toba ni terletak di pergunungan, pemandangan yang tasik terjadi hasil ledakan gunung berapi memang menkagumkan. SubhanaAllah.

Sebelum makan malam, kami beli simcard dulu (harga 90 ribu rupiah= rm30) berbaloi. Kami beli sebab nak whatapp senang or call di luar kawasan hotel.

Kedai makan malam-

Hotel Danao Toba Cottage,Parapat

Hotel pilihan ramai rakyat Malaysia. sebab pertama, pemandangan(kami asyik berposing ambik gambar je)
sebab kedua(dekat untuk pergi pulau simosir esok harinya).

Hotel ni memang cantik, tapi kemudahan dia biasa-biasa je.
 Tip 5 Hotel ni takde iron ye,
 Plug pun ada satu, dinasihatkan bawak  international travel plug siap dengan extension plug.Bayangkan, satu plug, charge go pro, 2 plug charge handphone. hotel lain pun memang disediakan satu je port
Lagi satu, takde lif, 

Tip 6 - utk perempuan (sila bawak travel iron atau tudung yang tak perlu iron)
Perkhidmatan iron ada di sini tapi kena bayar, adik ada servis utk gosok tudung dia. charge- 13500 rupiah untuk 3 helai tudung bawal. (hotel ni je tak iron)
Esoknya, kami sarapan di hotel, Makanan dia boleh tahan

Hari kedua
Check out hotel dan bergerak ke Pulau Simosir. 


Pulau Samosir- Melawat ke Medan memang penuh dengan pemandangan Indah Alam. Siapa yang suka "nature therapy"memang sesuai.

Jarak dari hotel ke jeti dekat je,kira-kira 5 minit. 
Perjalanan feri mengambil masa 45 minit. Sebelum bergerak, ada budak-budak menyanyi, lepas tu minta tip(byrn seikhlas hati) dinasihatkan kepada korang bayar asing2 pada setiap bdk, jangan bagi kat sorang je,sebab dorang takkan share, anggap korang bagi kat dia je.
Di Pulau ni banyak barang2 cenderahati dijual. Tshirt cenderamata agak mahal.Nasihat saya lebih baik beli di Berastagi, kualiti pun lebih elok
Tips:  Usah  mudah cair dengan pujuk rayu dengan kata-kata manis penjual yang kononnya murah. Survey atau jalan2 dulu untuk bandingkan harga.


Macam-macam barang ada.

  •  Perkampungan Orang Batak Muslim(Perkampungan Tomok)


Habis je tour de island, kami pun bergerak ke Berastagi. Perjalanan sungguh adventure. Bagi yang mabuk kenderaan, elok lah sediakan minyak angin atau beli fresh care dekat kedai mart di sana. bau wangi, pening pun kurang.hehe
Apa yang menarik di Berastagi?

  • Pasar -Bukan setakat buah-buahan,tapi bunga,pakaian dan Souvenir ada di sini Ladies, apa lagi time untuk shopping.Bagi yang tak nak shopping, boleh jalan-jalan dengan kereta kuda yang ada di sini.   Souvernir di Berastagi lebih murah dan lebih kualiti.(pandai-pandai le tawar menawar)




Hotel Hari Kedua - Sinabung Hills Resort( Hotel yang kami tinggal pada hari kedua)
memang terbaik pemandangan hotel ni. Makan pun sedap. 
Hotel ni pun takde lif.

Antara tempat menarik lain yang kami pergi:
  • Air terjun Piso-Piso, Karo,

SubhanaAllah.Cantik kan
Melihatkan pemandangan ni, menghilangkan penat yang ada.  Perkhidmatan Ambik gambar(snap-printsiap) di sini buat kenang-kenangan pun agak murah. 



Hari ketiga:
Kami check out dari hotel dan menuju ke Medan.
Kami stay di Hotel Medan 61- Review hotel-.  Good location,Bilik ok cuma breakfast dia agak limited dan tak berapa sedap.Hotel tak buat buffet, Mujur dekat dengan Medan Fair Plaza dan ada Restoran AnW di tingkat satu hotel.Malam ada pasar malam dekat hotel-lintas jalan sampai.( Shopping lagi). Barang pun agak unik di Pasar Malam- Macam-macam beli- beg kulit, tali pinggang,baju dress,blouse( biase la orang perempuan,haha)

Aktiviti di Medan

  • Lawatan ke Istana Maimun- Rupanya Sultan Medan ada ikatan dengan  keturunan Sultan Perak.  Yang menariknya pasal Istana ni- Istana ini masih dihuni oleh keluarga diraja. Jadi hanya sebahagian sahaja di buat pameran.Kalau ada istiadat, Istana ini akan ditutup.(Kiranya Sultan Medan masih tinggal di sini).
  • Dalam istana boleh ambil gambar tapi tak boleh sentuh. Kami siap bergambar dengan memakai pakaian songket ala puteri raja(sewa baju) di sini, kalau nak rasa jadi puteri MedanTak mahal pun.
  • Malam di Medan-  Kami pergi jalan-jalan di Merdeka Walk untuk bersantai.
  • Shopping Bika Ambon(kek lapis)sedap sangat, dan Kopi untuk bawa balik Malaysia
  • Barang wajib bawak balik sebagai cenderahati selain keychain dan freshmagnet- Fresh Care(Minyak angin beraroma therapy)
ini dia - Fresh Care- boleh bagi kawan-kawan sorang satu. Lain sikit, selalu bagi keychain je kan.


Ok,itu je travel story admya di Medan.Jumpa lagi di percutian seterusnya.

siapa nak number contact pak supir(pemandu@tourist guide) atau nak tanya apa2 boleh hubungi admya di ruangan komen atau email fr.lisa10@gmail.com
Layanan Pak Roy and Adit memang terbaik.
Kalau sesiapa nak follow pakej -admya boleh uruskan. nak bagi murah-murah je kat korang

31 comments:

  1. Melancong medan

    4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
    (1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
    --------------------------------------------------------------------
    DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
    Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
    After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
    Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free  on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
    After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
    After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE



    Thanks /Regards

    HAMZAH SARAGIH
    Tour Guide Medan Sumatra Utara - IndonesiaTelp // WhatsApp :+6282160211106
    Email : hamzahsaragih@ymail.com
    Web : http://hamzahsaragih.blogspot.com
    Facebook : Hamzah Saragih Ym : Hamzah Saragih

    ReplyDelete
  2. Pakhamzah berpa harga pakejnya

    ReplyDelete
  3. boleh email kan harga tak ..ni email address saya saidahosman5589@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Boleh email harganya? Send to ctshahyaty@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Boleh email harganya? Send to ctshahyaty@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Boleh emel harganya?dan nonpak supir.
    Send to syaheed611@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Boleh emel harganya?dan nonpak supir.
    Send to syaheed611@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Boleh emel harganya

    solehah_mabah@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. email please ke kawan saya please:

    mohammadfaez46@gmail.com

    ReplyDelete
  10. me_fara , boleh sy dapatkan no contact supir@tour guide ?? emailkan ke sy.. tq.

    nasrymohd@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Salam..boleh emailkan saya hatga dan no telephone utk pakej ni?

    cayangalin@gmail.com

    Tq

    ReplyDelete
  12. Tq sis share pengalaman n bg tips. Blh bg maklumat lengkap supir yg d cdgkan. Tq sis
    Wawa3533@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. Assalaamualaikum..boleh tak share dengan saya harga dan contact number supir. Thanks

    mastura.abdrahim21@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Salam blh emailkan no supir n harga? Tq sitikhairunnisa84@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum ,

    tolong emailkan contact person SUPIR @ TOUR GUIDE ?
    By nextweek I will fly to Medan.
    TQ

    munirah8118@gmail.com

    ReplyDelete
  16. as salam. boleh tak sy dptkn no supir pak roy. tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa lak letak email. sorry..
      my email : ainaawm@gmail.com

      Delete
    2. lupa lak letak email. sorry..
      my email : ainaawm@gmail.com

      Delete
  17. as salam. boleh tak sy dptkn no supir pak roy. tq ya

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum... bole saya dapatkan no supir & harganye . Email : karlliz1998@gmail.com . Terimakaseh sudi menolong

    ReplyDelete
  19. Salam..mcm mna bk contact dgn tour guide ya..menarik perkongsian ni.. razifpvi@gmail.com

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq