join admya di FB

Khabar dari Casablanca





Hai. apa khabar? Khabar dari Casablanca. Drama terbaru lakonan Remy Ishak dan Uqasha Senrose, Sasqia Dahuri
Jumlah episode : 26
Mula tayangan : Ogos
Channel: tv2


Sinopsis:
 Kisah cinta sepasang suami isteri yang menetap di Casablanca, Maghribi. Farhan seorang juruterbang teruja dengan berita kehamilan isterinya Nadia. Berita tersebut dikongsi bersama ahli keluarga di Malaysia. Farhan terkejut apabila Nadia ingin pulang ke Malaysia. Dia akhirnya bersetuju mengizinkan Nadia balik ke Malaysia. Berita itu menggembirakan Filzah yang merancang untuk membalas dendam terhadap Nadia. Dia berpura-pura baik dengan Nadia, hingga Nadia tidak perasan akan niat jahatnya.
Tidak lama kemudian, Nadia mendapat berita pesawat yang dipandu Farhan terhempas. Nadia menyalahkan dirinya meninggalkan Farhan. Dia menjadi tertekan dan menyalahkan diri sendiri. Keluarga menjadi risau akan Nadia yang sentiasa beranggapan Farhan masih hidup. Nadia sering menhantar email kepada suaminya dan mengharap suaminya akan membalas emailnya nanti. Nadia dibawa menjalani rawatan psikiatris. Filzah pula cuba melaga-lagakan Nadia dengan adik iparnya Sharina.
Farhan dijaga Umar dan mengalami hilang ingatan. Dia dipanggil khabar dan bekerja sebagai pemandu pelancong. Dia bertemu dengan Karima dan kemudiannya berkahwin.
Nadia pula gembira mendapar "reply" dari email suaminya. Sebenarya itu muslihat Filzah untuk membalas dendam. Nadia tertekan apabila suaminya tidak muncul setelah berjanji untuk bertemu dalam email.
Khabar yang datang ke Malaysia untuk menjalani ujian dna. Sebaik pulang ke Morrocco, Khabar kemalangan dan mengingati dirinya yang asal.Dia mahu terbang ke Malaysia untuk menemui Nadia. Nadia pula kecewa apabila melihat yang gambar Farhan yang diberi oleh Filzah.

Pergerakan Filzah dicurigai Amir dan mula menyiasat ‘kejahatan’ dilakukan isterinya itu. Kemuncaknya bila kesilapan dilakukan Filzah untuk meracuni Nadia telah terkena pada Edham menyebabkan Edham disahkan mengalami terencat akal kerana ubat yang ingin diberikan Filzah kepada Nadia. Terkejut dengan kenyataan itu Filzah pula mengidap sakit jiwa kerana rasa bersalah terhadap anaknya.
Nadia yang sedar kesilapannya mengajak Farhan ke Casablanca melawat Karima yang sudah mahu melahirkan. Namun apakah kesudahannya? Adakah mereka akan bahagia hidup bermadu atau salah seorang daripada mereka berkorban demi kebahagiaan Farhan?




admya: drama ini akan ditayangkan di RTM. 

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq