join admya di FB

Mamat Muka Selenga( Lelaki Macam Dia)




 astro ria
Ini kawan Fatih tu, Mak, Aku tersengih kepada mak yang datang bersama ayah dan Huda ke majlis perkahwinan Hajar itu. Mak diam tidak berkutik tapi matanya atas bawah memerhati mamat muka selenga, Seram pulak rasanya,


“Mami. Mamu. Apa habiaq??” suara mamat itu memekik macam petir, sudahlah qalqalah loghat utara pun dia salah gunakan. Hesy! Dia bersalaman dengan ayah dan tersenyum pada mak dan Huda.

“Apa mami dengan mamu pulak? Makcik dengan pakcik sajalah, kami bukan keturunan anak mami.” Aku membetulkan. Selamba saja dia ni.

“Eh ye ke? Maaflah saya tak tahu. Saya ingat semua orang Penang ni anak mami. Kalau macam tu Husna bukan Cimon la?” Dia menyoal sambil tersengih.

“Cimon?” keningku terangkat. Tak faham maksud dia.




"Hajar, Faiz datang ni.

“Suruh dia tunggu kejap! Aku nak pakai tudung!” Hajar membalas dari dalam biliknya. Aku berpaling semula ke arah Faiz yang masih setia berdiri di luar. Jejaka bertubuh sederhana dan tidak berapa tinggi itu cuma diam memandang aku dengan senyuman terukir di bibir, membuatkan kumis nipis di atas bibirnya ikut terjungkit.

“Duduklah dulu dekat tepi tu, kejap lagi Hajar keluarlah.” Aku menunjuk ke arah bangku milik keluarga Mak Ngah Ana yang berada di luar. Mujur mamat sebelah tu tak muncul dengan gitar buruk dia tu malam ni, bolehlah Faiz tumpang duduk.

“Assalammualaikum!” suara nyaring macam petir itu berbunyi tiba-tiba membuatkan aku pantas menoleh. Cis! Baru cakap je dah keluar.

“Waalaikumussalam.” Faiz menjawab sambil menghulur salam kepada Fahmi saat itu.

“Siapa ya? tak pernah nampak pun.” Dia menyoal Faiz sebelum matanya jatuh ke arahku. Aku mendengus sendiri, tak faham kenapa mamat sebelah ni suka nak menyibuk.



gambar credit to aliesha kierana


Para pelakon *update
azrel ismail- fahmi
izreen azminda- fatih/husna
akhmal nazri -aydan 

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq