join admya di FB

Drama adaptasi novel Curi-curi Cinta



Drama adaptasi novel trending.



Sinopsis:
Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar  yang kononnya menjadi punca kemalangan tersebut.
Intan sering berlagak seperti orang kaya.
Intan belajar di luar negara. Namun, dia lebih suka berpoya-poya dengan kemewahan lelaki daripada belajar.Pulang dari luar negara,Intan berkenalan dengan Danial Hakim.Dia cuba menggoda lelaki itu kerana kekayaannya.Namun, sepupu Intan Fariza lebih menambat hati Danial Hakim.
Fariza seorang gadis yang baik budi pekertinya. Apa lagi, Intan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Danial Hakim. Namun,hati Danial Hakim sudah terkunci untuk Fariza. Intan menggunakan cara terkutuk untuk mendapatkan Danial Hakim. Berkahwinlah mereka(klise sangat)
Kelukaan hati Danial membuatkan dia mahu membalas dendam pada Intan. Dia mahu Intan sengsara sebagai isterinya. Dia mahu menyedarkan Intan kekayaan bukan segalanya. Mereka tinggal di sebuah pondok. Kehidupan yang Intan impikan hancur berkecai. Dia kini menjadi pencuci tandas untuk menyara hidup.

Jirannya menghasut Intan untuk bercerai. Intan sedar,mungkin ini balasan atas tindakannya sebelum ini. Peggy(sepupu Danial) tidak sangka Intan boleh bertahan dengan sikap Danial.
 Insaf akan perbuatannya, Intan memohon ampun pada keluarganya. Dia mahu menebus balik geran tanah milik keluarganya yang digadai dulu. Danial memberi syarat yang dia perlu bekerja tanpa gaji sebagai pengawal keselamatan.
Intan pernah menipu Danial yang dia mengandung. Namun,kali ini, Intan benar-benar mengandung. Sepanjang tempoh itu, Danial pula yang mempunyai alahan. Dia tidak boleh berrenggang dengan Intan.Berputiklah kasih dan sayang Danial pada Intan. Namun,dia ego untuk menunjukkannya.
Hati Intan telah mati untuk Danial.Apatah lagi dengan pemergiaan abangnya Iskandar. Danial berjanji pada Iskandar untuk menjaga intan dan anaknya.
Namun, belum sempat menunaikan janji,  Intan pergi..

Danial kembali mencari Intan. Dia mahu memujuk Intan. Dia tidak mahu lagi curi-curi cinta dengan isterinya.





Watak Intan:
Intan Raihana seorang gadis yang sombong dan angkuh. Kerana mengejar harta dan kekayaan dia sanggup buang emak, buang saudara. Visi di atur, Daniel Hakim harus menjadi miliknya walau apa pun yang terjadi. Daniel Hakim begitu membenci gadis ini. Namun perancangan Tuhan tiada siapa yang dapat melawannya. Daniel Hakim terpaksa menikahi gadis yang amat di benci ini bersama dengan dendam yang berlingkar di hati.
.
“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.
.
Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!
.
“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik! - Intan Raihana




Para pelakon:



Download Drama

Comments

  1. Minta janna nick dn hafidz roshdi brlakon bsma

    ReplyDelete
  2. Hope janna nick dan nazim othman

    ReplyDelete
  3. Saya berharap sama ada Fattah Amin atau Izzue Islam akan jadi Danial Hakim. Manalala, Amyra Rosli atau Zara Zya atau Fatiya Latif akan jadi Intan Raihana.

    ReplyDelete
  4. yesss sya cadangkan Reen Rahim and Shukri Yahya cerita ni ya!! :) and sory sbb anonymous..heehee

    ReplyDelete
  5. janna nick dan izzue islam please

    ReplyDelete
  6. Shukri yahya danial dan mira filza intan or izzue islam dan janna nick

    ReplyDelete
  7. i tak kesah actor or actress mane zg berlakon but i wish n hope they can menjiwai watak tu n boleh buat penonton mengalir air mata . harap sangat drama ni meletop

    ReplyDelete
  8. Kena ambil Pelakon yg punya karektor dalam lakonan 😘 Tiz zaqyah + Ungku Ismail

    ReplyDelete
  9. Watak intan kena ambil pelakon yg boleh main watak antagonis mcm Amyra rosli and reen rahim. Fathia pun ok tapi dgn imej dia bertudung cm tak kena. And for the hero, i think Shukri Yahaya sgt sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Shukri Yahaya dan Nazeera Sardi ok jgk...nk sgt tgk gandingan mereka for the first time

      Delete
  10. Nak Shukri Yahaya dan Nazeera Sardi sbg hero & heroin...pasti ada keserasian di situ ����

    ReplyDelete
  11. Alvin chong sebagai danial hakim and siti saleha sebagai intan rahaina

    ReplyDelete
  12. Alvin chong sebagai danial hakim and siti saleha sebagai intan rahaina

    ReplyDelete
  13. Harap" sharnaz ahmad sebagai daniel hakim n siti saleh sebagai intan rahaina..mesti tip top silap" leh kalah kn renking drama 7 hari mencintaiku..hee

    ReplyDelete
  14. Alvin Chong dan Emma Maembong

    ReplyDelete
  15. ayda jebat & alvin chong

    ReplyDelete
  16. Zahirah mc Wilson Dan syafiq klye

    ReplyDelete
  17. Dgr2 heroin nya Zahirah Macwilson tp hero belom tahu lagi siapa? Jeng2 sila2 senarai hero yg b'gandingan dgn Zahirah Macwilson..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahirah....wow...harap2 beliau berjaya watak jahat intan yg sebelum beliau insaf...
      Daniel hakim kena yg mata sepet la kot....sbb intan gelar daniel si sepet...hahaha...
      Alvin chong kot....

      bila nak di tayangkan ni....jadi hantu TV balik la aku jawabnya..

      Delete
  18. Zahir ah macwilson and suykri yahya...for this drama..curi curi cinta..p...

    ReplyDelete
    Replies
    1. comfirmed ke syukri yahya ni..? huhuhu....x bape minat si syukri ni..huhuhu

      Delete
  19. Tak payah Janna Nick, Zara Zya, Siti Saleha, Fathiya Latip .. whatever lah.. sdh tertulis heroin nya adalah Zahirah Macwilson.. welcome back acting drama Zahirah.. sekian lama shooting kat filem.. hero belom tahu lagi hope kekasih dia lah Aiman Hakim.. ok.bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang predict dari 2016 lagi. zahirah confirm 2018

      Delete
  20. Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, perfect match dah. Bkn hnya pelakon, pengarahan, ost and editing pun lena great. Baru gempak. Insyaallah

    ReplyDelete
  21. Best zahirah dan aiman..tak sabar nak tgok

    ReplyDelete
  22. Mmg best citer ni...lakunan zahirahpun best pandai mainkan perasaan episod 18 ngan 19 ni asyik mengalirkan air mata..intan menangis skit2 jer..kita hak nengok ni airmata mcm hujan...

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq