join admya di FB

Persediaan Menghadapi Banjir- Kit Ketika Bencana



Assalammualaikum/ Salam buat semua,
Musim terkujuh telah tiba, Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Di sini admya senaraikan persediaan menghadapi Banjir

Persediaan Menghadapi Banjir

  •  Selenggara parit/longkang supaya tidak tersumbat
  • Dapatkan maklumat banjir di tempat anda
  • Simpan nombor-nombor penting  seperti nombor ahli keluarga,jiran,balai polis berdekatan,bomba untuk kegunaan semasa kecemasan
  • Simpan dokumen penting dalam beg kalis air dan letakkan di tempat tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan
  • Sediakan barang keperluan asas seperti susu anak,ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian, makanan tahan lama 
  • Simpan air bersih yang telah dimasak untuk kegunaan minuman
  • Simpan/ Ikat ketat-ketat  barang yang diletakkan di luar rumah seperti basikal,tong sampah, 
  • Letak haiwan peliharaan di tempat selamat,kerana haiwan tidak dibenarkan di bawa ke pusat pemindahan
  • Pastikan barang elektrik diletakkan di tempat tinggi/selamat

Kit banjir:
1) Air minuman
2) Pakaian Gantian
3) Selimut atau Sleeping Bag
4) Baju Hujan/ Payung
5) Lampu suluh
6) Power Bank/ Bateri tambahan untuk telefon
7) Makanan Tahan Lama 3-7 hari
8) Personal Hygiene-  Tuala wanita, barang mandian
9) Ubat-ubatan
10) Keperluan khas - cth utk orang tua, bayi




Apabila berlaku Banjir
Perkara yang PERLU buat:

  •  Pastikan suis utama dan suis elektrik dimatikan untuk mengelakkan renjatan elektrik
  • Segera berpindah ke tempat lain( pusat pemindahan/rumah saudara/tempat tinggi) jika diarahkan pihak berkuasa
  • Pastikan rumah berkunci dan dokumen penting dan barang keperluan asas yang  penting dibawa sekali.Contoh barangan bayi
  • Guna laluan selamat yang dikenalpasti
  • Elak mengharungi air kerana bimbang dihanyutkan air deras
  • Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa/pasukan penyelamat dengan segera
  • Awasi kanak-kanak supaya tidak bermain di kawasan banjir, tepi sungai.parit
  •  Telefon Tnb- 15454 jika anda mengalami bekalan elektrik terputus(jika di pusat pemidahan) atau terdapat tiang elektrik tumbang, kabel putus. TNB akan  menutup bekalan elektrik ke pencawang sehingga kawasan disahkan selamat


Selepas Banjir
  • Pastikan perkakas elektrik di keringkan/ dijemur sebelum digunakan semula
  • Pastikan barang elektrik benar-benar kering sebelum digunakan semula




admya:
Jaga diri tau

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq