join admya di FB

Samarinda Ramadhan: Ramadhan Jangan Pergi





Assalammualaikum,
Korang tentu nak tahu drama apa yang bakal ditayangkan sempena Ramadhan.Tahun ini,slot Samarinda akan dihiasi oleh drama keluaran JS Pictures.

Channel: tv3
Slot: Samarinda

Sinopsis:

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki Aidil. Hubungan mereka renggan bila Johan berkawan rapat dengan Nadia. Ibu Johan Mariana juga tidak menyukai Farah sejak mula disebabkan beliau menganggap Farah tidak sepadan dengan Johan.
Menjelang  bulan Ramadhan, Farah mendapat berita yang mengejutkan- Johan melamar Nadia. Sangkanya dia dimadukan namun sebaliknya apabila Johan mahu bercerai. Farah sedar ini adalah balasan kerana mengingkari ibunya Rohani- yang tidak merestui perhubungan mereka. Suatu hari, Johan telah mencuri kad Atm  Farah selepas mengusirnya, Adakah jalan penyatuan bagi Farah dan Johan?



Para pelakon:
Fir Rahman
Siti Saleha
Watie
Catriona Ross
Eizlan Yusof
dan ramai lagi





admya:
sebuah drama air mata.


Comments

  1. tak best pun. geram adalah. yang lelaki dah tentu jahat, yang perempuan lembik tahu nangis je. pergilah report polis pasal gangguan tu. mak ajak duduk sekali nak fikir dulu, duk rumah malam2 dengan gate ternganga senang2 ex-hubby nak melangkah masuk. Plot tu kena lah logik juga. Biar karektor tu macam real-life nya character. tunjukkan heroine yang strong dan bijak, bukan boleh di tolak kesana sini, di herdik, dimaki. trend drama melayu sekarang. yang jahat, mak mertua ke, bitchy woman ke bermaharajalela. jahatnya sampai tak boleh diterima akal. yang heroine ni malang berpanjangan,lurus bendul, naik penat tengok. si bapa pula tau isterinya buat tak betul, tapi tau buat muka saja. tak reti nak betulkan keadaan. takut bini. penat tengok drama melayu sekarang. trend sinetron indon. pas tu plot lain tak ada, mesti pasal nikah kahwin. pasal parents sibuk nak jodohkan anak ikut pilihan mereka. dan yang lelaki mesti kaya raya anak dato bagai. yang perempuan gadis kampung... orang kaya sombong je ke bercinta? satu lagi drama sekarang kononnya nak tonjol moral elok, cinta selepas kahwin. tapi bila di jodohkan, macam tak tahu hukum. suami isteri tidur asing. isteri pula masih keluar dengan lelaki lain yang dianggap kawan sedangkan dia tahu lelaki itu menaruh hati padanya. kononnya isteri ni berhati mulia tapi tak tahu pula dosa pahala. apa yang boleh mendatangkan fitnah etc. macam2 lagi, penatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong sangat2. Mmg la ada antara cerita yg dipaparkan pd umum ni cerita sebenar yg berlaku dikalangan masyarakat kita skrg tp sebagai pengusaha drama atau filem,mungkin tanggungjawab sosial boleh dilaksanakan dgn lebih baik. Watak seorang wanita yg teraniaya mgkn boleh diubah sket. Jgn la terlalu teraniaya smpi mcm 'kurang pandai' utk handle situations. Sy jg setuju ttg hal dh kawin tp mcm blm kawin. Suka ati isteri nk jmpa laki lain & yg laki pula dayus pun ada. Watak2 mcm ni dh jd stereotype pd drama skrg. Yg penting bila nk instill islamic touch utk drama,jgn pk bertudung atau x saja,tp tgk dr segi hukum dulu. Xtau bila pengarah kita nk bg something fresh & inspiring utk kita tgk dan hayati dgn rs bangga dgn produk Malaysia. Tp sy sgt berharap mudah2an satu hari nanti ya.

      Delete
  2. Sangat setuju part tak logic....banyak drama sekarang yg macam nie. Buat penonton geram aje sbb yang baik, terlalu baik sangat dan ada yg terlalu bodoh jugak & yang jahat, terlalu jahat!

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq