join admya di FB

Novel Adam dan Hawa 2- Dekatnya Cinta








Assalammualaikum,
Yang ditunggu kini tiba,
Selepas kejayaan Adam dan Hawa, Aisha Sofea kembali dengan Adam dan Hawa 2: Dekatnya Cinta.
Istimewa raya ini kami bawakan Dekatnya Cinta daripada drama siri popular Adam & Hawa! Nak tahu apa kesinambungan Drama Adam & Hawa ini?Nantikan Dekatnya Cinta. Akan Datang 13 Mei ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda!


Sinopsis:
 Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di Multazam dimakbulkan Allah.Kini mereka mengutip cinta yang tertinggal 11 tahun lalu.Untuk kali kedua,mereka jatuh cinta lagi.Kata dan janji diulang-ulang. Tiada sesiapa lagi di antara mereka yang akan ditinggal pergi.

Namun,kebahagiaan mereka dipanah petir.Dugaan datang menyihir dua hati.Sejambak Ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Cemburu merasuk di hati.Siapa yang beri?Itukah lelaki yang selalu Ain puji?

Adam kecewa!Ain mempermainkan kepercayaannya.Kenapa Ain menduakannya?Ain curang!Ain tidak setia!Ain lupa dia adalah suami.Akhirnya Adam melafazkan talaq.
Sekujur badan Ain bagai kaca yang terhempas,Tangannya mengigil menadah takdir.Sekali lagi hatinya dipalu pilu.Adam salah faham.Adam silap pandang,Adam ego sebenarnya,Ego suaminya mendahului aqal.Dia mahu menyuarakan semuanya namun Adam enggan dengar.
Arissa dirampas pergi.Ain tidak sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.



admya:
Aduh,sedihnya novel Adam dan Hawa 2 ni. Baca sinopsis ni terbayang wajah Aaron Aziz dan Nadia Nissa sebagai Adam dan Ain. Melekat sungguh. 
Menanti filem Adam dan Hawa.

Novel ini bakal diadaptasi.Kita curipandang dulu belakang tadbir Adam dan Hawa 2







Hawa dan Zulaikha
Hawa dan Arissa
adam jeles bila Ain cerita pasal Prof Yusuf
Ain dan bestfriend -Nadhirah





Comments

  1. mesti susah kak aisya sofea nak memikirkan sequel A&H ni.. mana taknya, nak kekalkan momentum A&H 1 ke sequel bukanlah mudah. A&H 1 sangat kuat di hati peminat. Nak mempelbagaikan jalan cerita, disamping nak mengekalkan kekuatan hati adam pada ain.. ye la.. 8 tahun kan.. tup tup ada plak perceraian.. konflik apa lagi ni agaknya.. kena cari buku ni.. akak ni bukanla peminat novel. Tapi disebabkan penangan A&H ni kuat.. rasa nak cari kat kedai buku dah ni.. hehehehehe.. filem nanti ikut 'dekatnya cinta' ni la ye adik farah?

    ReplyDelete
  2. nak kena cari buku nie..x boleh jd...A&H 1 je boleh tengok berkali2..suka sangat jln ceritanye..tambahan lagi Aroon Aziz ngan Nadia jd pelakon..teringat2 romantiknye Aroon Aziz...saya mmg peminat buku novel...tengah mencari kembali buku cerita Khadijah hashim (badai semalam)...

    ReplyDelete
  3. waiting for baucer buku je ni like seriously this novel really impressed me ahh ccant wait to get it

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq