join admya di FB

Samarinda: Epilog Cinta Kirana



update episode akhir
Para pelakon yang bakal menjayakan drama ni adalah Tasha Shilla,Rozita Che Wan,Shukri Yahaya dan Aliff Aziz.
Epilog Cinta Kirana merupakan adaptasi Novel Mencari Jalan ke syurga karya Hasliza  Ismail

Jumlah episode: 16
Terbitan:Zeel Production



Sinopsis:
ep 1

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.



Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.


Shahrul yang pada mulanya mempunyai agenda untuk membalas dendam, tidak mampu menolak perasaan yang mula berputik kerana kebaikan dan keinsafan Khirana. Khirana berdepan dengan pelbagai dugaan bermula dengan kehilangan seorang kawan yang amat dikasihi sehinggalah dia hampir mati buat kali keduanya kerana dendam seorang isteri yang mengalami tekanan jiwa. Di saat Shahrul cuba mengecapi kebahagiaan bersama Khirana dan di saat Khirana mula mengingati semula sejarah silamnya, Khirana ditikam kerana dendam seorang isteri. Namun jodoh Khirana dan Shahrul masih utuh. Mereka akhirnya mengecapi bahagia di perantauan kerana Shahrul terpaksa melepaskan segala miliknya di Malaysia untuk menyelamatkan satu-satunya adik lelakinya.

Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua?

Lagu tema: Sesungguhnya- Sabhi Saddhi


Dayang Kirana


Nazim sebagai Shahrul




Mampukah Kirana menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba?

Kirana cuba dekati Datuk

Jangan lupa saksikan episode akhir pada 25 jun2013
Shahrul gembira Kirana terima lamarannya.Dia kemudiannya meminta restu dari keluarga tapi ditentang keras oleh Mak lang Rabiah.Sharul kemudiannya melepaskan jawatannya sebagai pengarah syarikat.

Gambar sumber: Fadzil Teh Zeel Production,Tasha Shilla

Comments

  1. tak ada sinopsis... tapi boleh cuba tgok dulu best ke tak...

    ReplyDelete
  2. slot samarinda??ganti cite bangkitnya seorg wanita ke??

    ReplyDelete
  3. ops, adaptasi dari novel Mencari Jalan Ke Syurga

    ReplyDelete
  4. hero die nazim eh?alaaa sweet gila..

    ReplyDelete
  5. Citer yang sangat best!!!����~for me,,��~ rasa rindu nak tengok nazim da terubat,, rasa mcm aiman redza lagi ensem dari aliff aziz pun ada�� and rasa best dapat tengok lakonan tasha shila yang semakin mantap~for me....again...~ �� hehehee..... Just satu jek,, nak CARI NOVEL NIIIII!!!!!!!��

    ReplyDelete
  6. Tasha shilla sesuai jadi watak khirana ni. :) dia pandai berlakon 2 perwatakan.

    ReplyDelete
  7. Salam admin..saja nk share, rozita che wan x da dlm episod akhir cerita nih..^__^

    ReplyDelete
  8. tak penah tgok citer ni.
    tapi baca ulasan, citer ni dapat rating tinggi jugak.
    best yeah.........

    ReplyDelete
  9. x miss satu episode pn cite ni...best!

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq