join admya di FB

Slot Samarinda: Surat dari Langit Biru




Slot: Samarinda
Jumlah episode: 15
Mula Tayangan: 6/2/2013
Arahan: Rashid Sibir
Lakonan: Fizo Omar, Johan Asari,Yana Samsudin, Tania Hudson,Datuk Rahim Razali, Fauziah Nawi.

lagu tema: teman pengganti - black feat Malique


Sinopsis: 
Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang antara dua beradik Zarul(Johan) dan Salmi(Yana). Selepas keputusan SPM keluar,Salmi mendpat tawaran belajar di universiti. Tawaran itu terpaksa ditolak memandangkan adiknya juga masih belajar dan memerlukan duit yg banyak.


Tapi Zarul sanggup berkorban masa depannya demi kakaknya Salmi hingga Salmi berjaya bergelar doktor. Dia keluar kampung dan bekerja di bandar.
Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya Pak Hassan. Sejak itu,Zarul tidak pernah pulang ke rumah.
Takdir menentukan yang Salmi terpaksa berkahwin dengan Heykal kerana terhutang budi pada ayah Heykal,walaupun hidupnya merana disebabkan Heykal terbabit dengan kegiatan haram. Atas desakan ibunya, Mak Munah, Zarul balik ke kampung.Namun,kepulangan Zarul tidak disenangi oleh ayahnya.Hubungan Zarul dan Salmi tidak disenangi Heykal dan adiknya Lisa(Tania). Mereka cuba memisahkan Zarul dan Salmi.




Zarul dibuang oleh keluarga kerana tomahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Semuanya angkara Lisa yang membuat onar, bila Zarul dituduh mencuri duit Heykal dan Salmi mendapati adiknya tidur dengan lisa. Kesabaran Salmi berada di penghujung bila Lisa dikatakan mengandungkan anak Zarul.Akhirnya dia mengasingkan diri untuk mencari tempat mengadu nasib.

Dapatkah Heykal melunaskan rancangan kejamnya. Berjayakah Zarul bersatu kembali dengan kakaknya Salmi. Saksikan di slot Samarinda hari selasa hingga khamis bermula 6 februari 2013- 12/3/20

Episode Akhir- sedih...




Maksud Surat dari Langit Biru
Surat-surat yang ditulis oleh Zarul di tepi laut tapi tidak dihantar kepada penerimanya hingga berlaku satu kejadian yang tidak disangka- Rashid Sibir

 Belakang tadbir SURAT DARI LANGIT BIRU




candle light


sesi baca skrip


Gambar thanks to Yana Samsudin,Fizo Omar, Johan Asari

Comments

  1. adik fara, sori, lari topik dari tajuk post ni. akak nak dload episod 78 A&H tapi hotfile yg format mkv tak de ke?? camaner nk tukar or cari yg format mkv yer? mahap.. teknikal ni akak tak berapa nak terer.. huhuhuhuh.. rindunye nak tgk A&H scene tg sweet tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq