join admya di FB

Jangan Malu berbahasa Melayu

Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkata dalam satu sidang Media,ramai rakyat Malaysia malu untuk berbahasa Melayu sehinggakan bahasa tersebut dipinggirkan terutama di kalangan golongan muda.Katanya lagi, negara China dan Jepun sangar berbangga menggunakan bahasa ibunda mereka di semua peringkat. Tambah beliau,ia sebenarnya menunjukkan sikap,mungkin menggunakan bahasa Melayu adalah tidak glamour dan dianggap bahasa kelas bawahan@ " low class"


Tak salah menggunakan English,tetapi kalau hinggakan Bahasa Melayu dipinggirkan adalah satu tindakan yang tidak wajar.Tanpa kita sedari,sebenarnya,Program Bahasa Melayu di Universiti luar negara telah lama berkembang.Sehingga hari ini ada kira-kira 130 pusat pengajian tinggi menawarkan pengajian Bahasa Melayu merentasi benua Amerika menganjur ke Asia Timur Jauh hingga ke Australia dan New Zealand.



Di Eropah, pengajian Bahasa Melayu yang pertama diadakan di Perancis mulai 1841, di Ecole National des Langues et Civilizations Orientales Vivanttees (Enlov). Belanda mula mengajar bahasa Melayu kepada pegawainya yang dihantar bertugas di Indonesia sejak abad ke-19.Di Amerika Syarikat, kuliah bahasa Melayu dimulakan di Cornell University sekitar akhir 1880-an, tetapi terhenti dan disambung semula selepas Perang Dunia Kedua. Di Jepun, bahasa Melayu diajarkan sebagai bahasa yang berasingan daripada bahasa Indonesia di empat universiti di sana.Di China, bahasa Melayu mula mendapat perhatian pada 1950-an lagi apabila Fakulti Bahasa-Bahasa Timur Universiti Peking (Beijing) menawarkannya sebagai satu subjek. Sementara itu, di Korea Selatan, bahasa Melayu diajar di dua universiti, iaitu Universiti Hankuk dan Universiti Pusan.

Pada hari ini, ada kira-kira 300 juta penutur bahasa Melayu pelbagai dialek di seluruh dunia. Kebanyakan mereka adalah penutur asal daripada rumpun Melayu di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand. Selain itu, ada juga ‘Melayu Diaspora’ di luar alam Melayu yang membentuk komuniti Melayu di negara lain seperti Afrika Selatan, Sri Lanka, Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Arab Saudi. Sebahagian besar mereka ini masih mengekalkan penguasaan bahasa Melayu yang baik.

Bangga rasanya,bila mendengar pelancong,atau kawan-kawan dari  luar negara yang asasnya bukan bahasa Melayu, belajar dan bertutur Bahasa Melayu.Bahasa sangat penting dalam memperkenalkan budaya sesuatu negara.Oleh itu,bertutur dalam bahasa Melayu membawa kita mengenali budaya orang Melayu.
Kalau nak tahu,banyak juga bahasa asing yang mengambil perkataan bahasa Melayu dalam bahasa mereka.
Contoh dalam bahasa Tagalog(Filifina) - kembar.payung.kembar,anak,kau,itik.

p/s :Terdapat segelintir yang malu bertutur dalam bahasa Melayu,tapi  bila "speaking"bahasa Inggeris pun berterabur.

Comments