join admya di FB

3.1 juta tonton Mentor 5 setiap minggu!


         Amazing..Mentor 5 catat rating yang mengujakan,sebanyak 3 juta penonton menonton program realiti ini setiap minggu.Ia amat mengejutkan apabila mentor5 berjaya kalahkan Akademi Fantasia- Metro Ahad.

     Kehadiran Afdlin Shauki, Erra Fazira, Datuk Sharifah Aini, Rahim Maarof, Edry KRU, Noh Hujan memacu peningkatan jumlah penonton. Protege yang terpilih kali ini juga boleh tahan hebat.

            Namun Mentor 5 ada kelainan yang tersendiri,selain mentor yang berpengalaman,mentor dan protege kali ini lebih kreatif di atas pentas. Macam-macam pendekatan dan konsep persembahan diketengahkan, termasuk ala-ala teater muzikal gitu.Tahniah Krew Mentor 5 serta Mentor dan Protege Mentor 5.

             Apatah lagi,minggu ini penuh dengan kejutan di mana Ratna mengambil alih taktha daripada Shiha dan Iqa berduet dengan Allahyarham Sudirman Haji Arshad disebabkan Yusry tidak dapat hadir.Kelebihan Edry digunakan sepenuhnya.Kini Salma mendahului Kumpulan B,manakala kumpulan A masih lagi Shiha walaupun tewas kepada Ratna minggu lepas.Minggu seterusnya adalah minggu kemuncak untuk semua Mentor dan Protege.

Siapa yang bakal dinobatkan sebagai Juara Mentor 5?Sama-sama kita saksikan.

Nama Program: Mentor 5
Waktu Siaran:    9.00-10.30pm
Channel        :      TV3
Website        :   Mentor 5
                         Like it at FB
























Comments